Rabu, 01 Januari 2025

HR Bukhari & Muslim: "S𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗜𝗧"

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Baginda Nabi SAW bersabda:

1⃣

تَعْدِلُ بَيْنَ الاِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ Mendamaikan  antara 2 orang (yang sedang bertelagah) adalah satu sedekah 2⃣ وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِى دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ Menolong orang lain adalah sedekah 3⃣ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ Bercakap perkataan yang baik juga adalah sedekah 4⃣ وَكُلُّ خَطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ setiap langkah yang engkau gunakan untuk berjalan ke masjid untuk solat (berjemaah) adalah sedekah 5⃣ وَتُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ mengalihkan sebarang benda yang menyakitkan di jalan juga adalah sedekah (HR Bukhari & Muslim) [ Kitab Al-Azkar Imam Nawawi ]