PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Ucapan Untuk Pasangan Pengantin*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ
_*Daripada Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: "BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)."*_ (Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hasan Sahih
*Pengajaran:*
1. Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka.
2. Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan:
*بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ*
"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR
(Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).
Musim cuti hujung tahun ini ramai orang mengambil kesempatan mengadakan majlis pernikahan mereka.
Marilah kita ucapkan doa ini apabila mengunjungi majlis walimah atau mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dengan doa penuh keberkatan dan kebaikan ini. Semoga keberkahan juga melimpah pada kita yang mendoakan.
12hb Dis. 2023
28hb Jamadil Awal 1445H