Senin, 26 September 2022

Amalan Yang Memasukkan Ke syurga

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS 

1908




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, Beritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat."

(Musnad Ahmad No: 10027) Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Tsiqah


Pengajaran:


1.Satu daripada kaedah mempelajari Islam ialah bertanya kepada mereka yang arif dan mahir seperti mana sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW.


2.Antara amalan yang jika di kerjakan boleh menjadi asbab seseorang masuk syurga ialah menyebarkan ucapan salam kepada orang Islam yang kita kenal mahupun yang tidak dikenali.


3.Menuturkan sesuatu perkataan yang baik  merupakan amalan yang dijanjikan syurga.


4.Memelihara hubungan silaturahim juga adalah amalan yang wajib kepada orang mukmin dan menjadi antara prasyarat jaminan syurga.


5.Solat sunat di waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur adalah antara amalan yang akan memasukkan seorang Muslim ke syurga dengan selamat.


Dalam kita membina masyarakat dan negara yang teguh dan kukuh, suburkanlah amalan yang mengeratkan ukhuwah dan silaturahim kita sesama kita serta kaum kerabat antaranya dengan menyebarkan salam, ucapkanlah perkataan yang baik-baik sesama kita dan  sambunglah hubungan silaturahim sesama kerabat.


12hb Sept  2022

15hb Safar 1444H

Sabtu, 10 September 2022

Pentingnya Bersikap Lemah-lembut Kepada Orang Lemah*

 *ONE DAY ONE HADITS*


Rabu, 24 Agustus 2022 / 26 Muharrom 1444


*


عن أَبي الدَّرداءِ عُويمر رضي الله عنه قَالَ: سمعتُ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم، يقول: ((ابْغُوني الضُّعَفَاء، فَإنَّمَا تُنْصَرُونَ وتُرْزَقُونَ، بِضُعَفَائِكُمْ)). رواه أَبُو داود بإسناد جيد. 


Dari Abuddarda', iaitu 'Uwaimir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab hanyasanya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu."

(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan isnad yang baik.)


Pelajaran yang terdapat di dalam hadist :


1- Hadis di atas menurut riwayat Imam an-Nasa'i berbunyi:

"Bahwasanya ummat ini dapat memperolehi pertolongan - Allah Ta'ala - dengan sebab kaum yang lemah dari golongan mereka - kaum Muslimin."

Mengapa demikian? Dalam penafsirannya disebutkan bahwa kaum yang dha'if, lemah dan dipandang tidak berharga oleh umumnya masyarakat itulah yang justeru banyak yang dikabulkan doanya, kerana mereka ikhlas dalam berdoa lebih khusyu' dalam mengerjakan ibadat kerana hati mereka sudah kosong sama sekali dari pemikiran perihal keduniawian, sebab memang tidak memiliki kelebihan-kelebihan.

2- Oleh sebab itu kita yang dari golongan berada, apalagi yang hartawan, jangan sekali-kali menganggap hina-dina kepada mereka itu, sebab kefakiran dan kelemahan dalam hal harta benda itu memang bukan suatu cela. 

3- Mereka sayugianya kita tolong sesuai dengan kemampuan kita, agar suka membantu kita berdoa untuk memperolehi rezeki yang halal.

4- Mereka tentu suka mendoakan orang yang kasih-sayang kepada mereka, sebab kalau ada rezeki yang kita perolehi, mereka pun pasti akan merasakan bahagiannya.

5- Jadi sebagaimana orang yang tegap dan kuat merasa memiliki kelebihan dengan keberaniannya, maka kaum yang lemah itu pun memiliki kelebihan di sisi Allah Ta'ala dengan doa yang mereka panjatkan yang mustajab (terkabul) ke hadhirat Allah serta dengan keikhlasannya.


Tema hadist yang berkaitan dengan al quran :


1- Duduklah kamu bersama orang-orang yang mengingat Allah seraya mengagungkan, memuji, menyucikan, dan membesarkan-Nya serta me­mohon kepada-Nya di setiap pagi dan petang hari dari kalangan hamba-hamba-Nya, baik mereka itu orang-orang fakir ataupun orang-orang kaya, orang-orang kuat ataupun orang-orang lemah.


وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ


Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengha­rap keridaan-Nya. (Al-Kahfi: 28)


2- Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan kepada Nabi-Nya agar tetap berta­han duduk bersama mereka.


وَلا تَطْرُدِ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ الْآيَةَ


Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari. (Al-An'am: 52).Lr